Ulul Azmi adalah
gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi atau
istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan
agama Islam. Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan
gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah
yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.
Mereka memiliki
mempunyai keteguhan hati sangat mengagumkan, tabah luar biasa, sabar dan
kesabarannya tidak terbatas, meskipun mereka mendapatkan berbagai macam celaan,
hinaan, tentangan yang menyakitkan namun mereka tetap teguh, sabar, dan
senantiasa bertawakal dalam menyampaikan ajarannya kepada manusia.
5 orang rasul yang
memiliki gelaran Ulul Azmi adalah:
1. Nabi Nuh a.s.
2. Nabi Ibrahim a.s.
3. Nabi Musa a.s.
4. Nabi Isa a.s.
5. Nabi Muhammad s.a.w.
Dalil al-Quran tentang Ulul Azmi
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
"(Jika demikian
akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah
engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulul Azmi" (yang mempunyai
keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu
daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang
menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang
dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia)
melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian)
cukuplah menjadi pengajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah)
tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik (derhaka)." (Surah Al-Ahqaaf :
Ayat 35)
Mengenai lima orang
rasul yang diutuskan oleh ALLAH setelah dipilih daripada kalangan para nabi
yang digelar sebagai rasul Ulul Azmi memang dinyatakan dalam Al-Quran
sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
"Allah telah
menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan
hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh a.s. dan yang telah
Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Nabi Muhammad s.a.w.) dan juga yang telah
Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. serta Nabi Isa
a.s., iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau
berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima
agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta
melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan
memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali
kepadaNya (dengan taat)." (Surah Asy-Syuraa: Ayat 13)
Sebab diberi gelaran Ulul Azmi:
1. Mendapat
pengiktirafan Allah s.w.t.
2. Memiliki kesabaran
yang tinggi semasa berdakwah
3. Sentiasa memohon
kepada Allah s.w.t. supaya kaum mereka tidak diturunkan azab
4. Sentiasa berdoa
kepada Allah s.w.t. supaya memberi hidayah kepada kaum mereka
5. Memiliki keazaman
yang tinggi semasa berdakwah
1- Nabi Muhammad s.a.w
Muhammad bin Abdullah
bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada
tahun 571M-632M dan diangkat menjadi Nabi pada tahun 610M. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal di Mekkah dan Madinah.
Wafat di Madinah. Meninggalkan 7 orang anak. Rasulullah s.a.w namanya
disebutkan 5 kali di dalam Al-Quran.
Beliau mendapat julukan
ulul ’azmi kerana sejak kecil sampai dewasa, Rasulallah saw selalu mengalami
masa-masa sulit. Pada usia 6 tahun dia sudah menjadi yatim piatu. Setelah
dewasa ia harus membantu meringankan beban bapa saudara (paman) yang merawatnya
sejak kecil. Tentangan terberat yang dihadapi adalah setelah diangkatnya
menjadi seorang rasul. Penentangan bukan saja dari orang lain, tetapi juga dari
Abu Lahab, bapa saudaranya (pamannya) sendiri. Rasulullah saw juga harus ikut
menderita tatkala Bani Hasyim diboikot (diasingkan) di sebuah lembah
dikeranakan dakwahnya. Dan masih banyak lagi kesabaran dan masa masa sulit yang
dihadapi baginda dari mulai lahir sampai beliau wafat.
2- Nabi Ibrahim a.s
Nabi Ibrahim bin Azar
bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Beliau diperkirakan hidup tahun 1997-1822
SM dan diangkat menjadi Nabi pada tahun 1900 SM. Beliau tinggal di Iraq. Beliau
wafat di Al-Khalil, Hebron, Palestin. Nama beliau disebutkan sebanyak 69 kali
dalam Al-Quran.
Nabi Ibrahim adalah
nabi yang mendapat gelar ulul ’azmi kerana kesabarannya yang tinggi. Dari mulai
bayi Nabi Ibrahim sudah diasingkan ke dalam gua disebabkan kerana perintah Raja
Namrudz untuk membunuh setiap bayi laki-laki yang baru lahir. Setelah dewasa,
ia harus berhadapan dengan raja dan masyarakat penyembah berhala termasuk kedua
orang tuanya yang pembuat berhala. Bahkan ia harus menerima siksaan yang pedih,
iaitu dibakar hidup-hidup dan diusir dari kampung halamannya. Sudah hampir
seratus tahun usia dan pernikahannya dengan Sarah, ia belum dikurniai anak
hingga isterinya meminta ia menikahi seorang budak berkulit hitam bernama Hajar
untuk dijadikan isteri. Akhirnya Hajar dapat melahirkan seorang anak yang
diberi nama Ismail. Allah memerintahkan Ibrahim untuk melepas isteri dan
anaknya yang baru lahir dan sangat dicintainya itu ke tanah gersang di Makkah.
Kerana kesabaran dan kepatuhannya, perintah itu dilaksanakan. Namun, perintah
lebih berat diterima Ibrahim, iaitu harus mengorbankan Ismail yang baru
meningkat remaja. Hal ini pun beliau laksanakan, tapi Allah akhirnya
menggantikannya dengan seekor domba (kambing kibas). Selain itu ujian nabi
Ibrahim a.s yang lain adalah membangun Kaa’bah, dan menghadapi Raja Namrudz
yang zalim.
3- Nabi Musa a.s
Musa bin Imran dari
keturunan Ya’qub bin Ishak. Diperkirakan hidup pada tahun 1527-1408 SM dan
diangkat menjadi Nabi pada tahun 1450 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada
Firaun Mesir dan Bani Israil di Mesir. Beliau wafat di Tanah Tih. Mempunyai 2
orang anak.
Nabi Musa a.s adalah
nabi yang paling banyak namanya disebutkan dalam al-Qur’an iaitu sebanyak 136
kali. Beliau termasuk Nabi yang mendapat gelar ulul ’azmi kerana kesabarannya
yang tinggi dalam menghadapi dan berdakwah kepada Firaun. Selain itu, dia juga
Nabi yang sabar dalam memimpin kaumnya yang selalu membangkang. Ketika Musa a.s
akan menerima wahyu di Bukit Sinai, pengikutnya yang dipimpin Samiri
menyeleweng dengan menyembah berhala emas anak sapi (lembu). Harun a.s yang
ditugasi mengganti tugas Musa a.s, tidak sanggup untuk menghalangi niat mereka,
bahkan ia diancam hendak dibunuh. Dengan kesabaran nabi Musa yang hebat tapi
beliau pernah tidak bersabar ketika berguru kepada Nabi Khidir a.s.
4- Nabi Isa a.s
Isa bin Maryam binti
Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud. Diperkirakan hidup pada tahun 1SM-32M
dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Beliau ditugaskan berdakwah kepada
Bani Israil di Palestin. Beliau juga tidak wafat melainkan diangkat ke sisi
Allah. Nabi Isa as Disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran.
Beliau adalah nabi yang
mendapat julukan ulul ’azmi kerana banyak memiliki kesabaran dan keteguhan
dalam menyampaikan ajaran Allah. Terutama, ketika Nabi Isa as sabar menerima
cobaan sebagai seorang yang miskin, pengkhianatan muridnya, menghadapi fitnah,
hendak diusir dan dibunuh oleh kaum Bani Israil. Kehidupan nabi Isa as
menggambarkan kezuhudan dan ketaatan dalam beribadah.
5- Nabi Nuh a.s
Nuh bin Lamik bin
Mutuisyalkh dari keturunan Idris, lalu keturunan Nabi Syits bin Adam.
Diperkirakan hidup pada tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi Nabi pada tahun
3650 SM. Diperkirakan beliau tinggal di wilayah yang kini disebut sebagai Iraq.
Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahwa beliau wafat di Mekkah, dan memiliki
4 anak laki-laki. Nama Nuh disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-Qu’ran.
Nabi Nuh as mendapat
julukan ulul ’azmi karena kesabarannya yang tinggi. Nabi Nuh a.s adalah rasul
pertama yang diutus Allah untuk meluruskan akidah dan akhlak umat yang telah
menyimpang jauh dari ajaran yang benar. Nabi Nuh as digelari sebagai ulul ’azmi
kerana kesabarannya dalam berdakwah dan mendapat hinaan dari kaumnya. Nabi Nuh
tanpa menyerah terus menerus mendakwahi keluarga, kerabat dan masyarakat umum,
untuk kembali ke jalan yang lurus. Usianya hampir 1000 tahun dan jumlah umat
yang mengikutinya tidak lebih dari 200 orang. Bahkan isteri dan anaknya yang
bernama Kan’an tidak mempercayai ajaran yang dibawanya dan menjadi musuhnya.
Atas kehendak Allah umat nabi Nuh as yang membangkang ditenggelamkan dengan
banjir yang dahsyat dan semuanya mati, kecuali nabi Nuh as dan pengikutnya yang
beriman.
Sumber: http://www.ahmad-sanusi-husain.com
EmoticonEmoticon